Pelayaran ke Serambi Mekah bersama Islamic Cruise

in Bisnes by


ISLAMIC Cruise kembali lagi dengan promosi pelayaran Ibadah terendah berbanding yang lain di musim cuti sekolah ini ke destinasi muslim, Banda Aceh.


Program selama lima hari empat malam tersebut termasuklah penginapan, makan dan minum di atas kapal cruise, kuliah dan aktiviti, lawatan di Aceh, makan tengah hari, sumbangan kepada anak-anak yatim, tahfiz serta orang miskin, caj pelabuhan, caj minyak dan caj perkhidmatan.  


Menariknya program kali ini turut disertai oleh selebriti-selebriti popular dalam dan luar negara seperti Mufti Ismail Menk, Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang, Ustaz Dzulkarnain Hamzah, Ustaz Rozie Rejab, Imam Muda Hafiz, Raihan dan ramai lagi.


Kapal yang digunakan adalah Costa Victoria Cruise dari Itali bertaraf empat bintang yang disewa khas sepenuhnya di samping penutupan kasino serta tiada penjualan minuman keras dan persembahan yang melampau.  


Selain itu, percutian ini juga merupakan percutian santai namun dipenuhi dengan forum unik dengan bacaan al-Quran bertaranum merupakan pertama yang terbesar dalam sejarah.


Tidak cukup  dengan itu, peserta juga diberikan layanan kelas pertama untuk makan di restoran ‘Fine-Dining’ mewah secara percuma, dan juga lain-lain. Kedai bebas cukai yang besar dan dijamin murah serta berkualiti.


Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.IslamiCruise.com atau hubungi: 03-6185 0010/ 012-630 0755 / 012-337 0103 / 012-775 0656 / 012-275 5301 / 012-779 1755 atau datang ke Pejabat Pelayaran Islamik di alamat No 2.08, Tingkat 2, Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]