Penerbangan komersial ke Yaman disambung

in Global by


SANAA – YAMAN. Gabungan ketenteraan diketuai Arab Saudi yang menentang gerakan Houthi di Yaman akan membenarkan semula penerbangan komersial antarabangsa ke negara itu, sekali gus mengurangkan sekatannya di seluruh negara.


“Penerbangan syarikat penerbangan kebangsaan Yemenia ke bandar dikawal pro-Saudi di Aden dan Seiyun disambung semula semalam,” menurut Menteri Pengangkutan Yaman, Mourad al-Halimi dalam satu kenyataan.


Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa sekatan menyeluruh boleh menyebabkan kebuluran yang akan mengorbankan jutaan nyawa rakyat di negara itu.


Isnin lalu, gabungan mengumumkan ia telah menutup ruang udara, pelabuhan darat dan laut di Yaman untuk membendung aliran senjata kepada Houthi dari Iran selepas Saudi memintas peluru berpandu yang didakwa dilancarkan Teheran ke Riyadh.  – Middle East Monitor


Source: SH Global

[featured-video-plus]