Remaja antara individu ditahan terlibat judi

in Edisi Sabah Sarawak by


MIRI – Polis Sarawak menahan 50 individu menerusi 36 serbuan terhadap pusat perjudian di seluruh negeri mulai 6 hingga 12 November lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata 32 daripada serbuan itu melibatkan penjualan 4D haram manakala selebihnya adalah judi siber dan menyediakan perkhidmatan tambah nilai judi siber.


Remaja dan warga asing merupakan antara suspek ditahan yang terdiri daripada 34 lelaki dan 16 wanita.


Beliau berkata polis merampas wang tunai RM8,049, telefon bimbit, mesin cetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis melalui serbuan 4D haram sementara bagi judi siber pula rampasan melibatkan wang tunai RM2,841, telefon bimbit dan tablet.


“Kesemua suspek ditahan mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]