Rumah kongsi dalam bangunan terbakar

in Edisi Selangor KL by


PETALING JAYA – Rumah kongsi di dalam sebuah bangunan yang dipercayai menempatkan beberapa pekerja terbakar dalam kejadian di Persiaran Sultan, Kota Damansara, dekat sini, hari ini.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.18 petang.


Menurutnya, kemudian seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Damansara dan Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Sampai di lokasi mendapati kebakaran melibatkan rumah kongsi di dalam bangunan yang masih dalam pembinaan. Rumah kongsi itu terletak di tingkat tiga hingga enam,” katanya.


Beliau berkata, kebakaran menyebabkan rumah kongsi terbabit terjejas kira-kira 90 peratus.


Katanya, api bagaimanapun berjaya dikawal pada jam 3 petang.


“Siasatan setakat ini mendapati kejadian tidak melibatkan mangsa,” katanya.


 


 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]