RUU Perbekalan 2018 lulus peringkat dasar

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di peringkat dasar selepas mendapat undian majoriti anggota Parlimen.


Rang undang-undang itu diluluskan melalui undian belah bahagi yang menyaksikan 107 anggota Parlimen menyokong rang undang-undang itu berbanding 59 yang menolak dan 11 tidak mengundi.


Keputusan tersebut diumumkan  Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Rang undang-undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober lepas, dibahaskan selama enam hari sejak 30 Oktober.


Ia kemudiannya digulung di peringkat kementerian selama tiga hari bermula 8 November, sebelum diluluskan di peringkat dasar hari ini.


Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 yang bertujuan memperuntukkan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dijangka dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula esok.


Persidangan dewan bersambung esok. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]