Laksana fasa 2 selepas teliti aspek teknikal, kewangan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pelaksanaan fasa kedua Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak yang melibatkan jajaran Limbang akan dimulakan setelah kerajaan memuktamadkan penelitian aspek teknikal dan kewangan projek tersebut.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Menurutnya, cadangan fasa kedua Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak merupakan pelengkap kepada keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo yang merentasi Telok Melano, Sematan ke Miri, Limbang dan Lawas.


“Pelaksanaan fasa kedua ini akan dimulakan setelah penelitian aspek dari segi teknikal dan kewangan dibuat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Menurutnya, projek bagi kerja-kerja menaik taraf jalan persekutuan di Limbang iaitu projek menaik taraf 14 selekoh sub piawai Jalan Tedungan ke Pandaruan di Limbang, sedang dilaksanakan.


“Projek ini sedang dilaksanakan oleh pihak konsesi dan dijangka akan siap pada penghujung 2017,” katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hasbi Abdullah (BN-Limbang) yang bertanyakan bila kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Fasa Limbang dimulakan dan bilakah kerja penaiktarafan jalan persekutuan di Limbang akan disiapkan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]