Mais, Yide gerak Misi Bantuan Pasca Banjir

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) baru-baru ini menggerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir di Kedah dan Pulau Pinang.


Misi itu turut disertai bersama anak syarikat Bakti Suci Holdings Berhad (BSHB), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Teraju Ekonomi Asnaf (Teras), Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Yayasan Kasih Tauhid (YKT) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Jelas penyelarasnya, Md Arifin Jaafar, Yide menyelaraskan bantuan kepada tiga bahagian iaitu sumbangan pek makanan dan minuman, sumbangan bantuan perubatan serta pembersihan kawasan yang terkesan dengan musibah ini.


“Bantuan makanan disumbangkan oleh LZS dan Teras manakala bantuan perubatan disalurkan oleh PPUM juga turut menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mangsa banjir yang trauma,” katanya.



Menurutnya, Mais dan anak syarikat cakna dengan musibah yang melanda beberapa negeri di utara tahun ini dan pada tahun 2015, telah menyalurkan sumbangan yang sama kepada negeri Kelantan.


Katanya, misi kali ini turut mengumpulkan 120 orang sukarelawan yang terlibat daripada pelbagai agensi.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]