Ugut tikam ibu saudara dengan gunting sebab wang

in Edisi by


KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur tergamak mengugut mahu menikam ibu saudaranya sendiri dengan gunting, dek kerana tidak mahu memberikannya wang sebagaimana yang diminta.


Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 10 November lalu, kira-kira jam lima petang di rumah ibu saudaranya di Losong, di sini.


Mengikut sumber, sebaik diugut dengan gunting, ibu saudaranya yang berusia 70 tahun itu melarikan diri ke rumah sepupunya yang terletak berhampiran kerana bimbang keselamatan dirinya yang sudah berusia.


Bagaimanapun, warga emas berkenaan sempat menghulurkan duit kerana bimbang diapa-apakan oleh suspek yang berusia 29 tahun itu.


“Suspek sekali lagi meminta duit sebanyak RM200 semalam (13 November), kira-kira jam 10 pagi tetapi pengadu tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dia bagaimanapun memberi wang sebanyak RM50 sebab bimbang anak saudaranya itu mengamuk lagi.


“Bimbang akan keselamatannya, warga emas itu mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.


Sementara itu, perintah reman selama empat hari dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Noradila Ab Latiff hari ini, bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dijalankan terhadap suspek.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]