Armada Lanchang desak ROS haramkan Bersatu

in Politik by


BENTONG – Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang terdiri daripada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengharamkan parti itu yang jelas  menipu akar umbinya.


Wakil Armada Bersatu Lanchang, Airul Amir Amirudin berkata, ahli-ahli akar umbi khususnya golongan muda berasa tertipu dan diperbodohkan tentang kewujudan sayap Bersatu yang tidak wujud dalam perlembagaan parti tersebut.


Selain itu, menurutnya ahli-ahli akar umbi Armada PPBM Lanchang yang hilang keyakinan kepada kepimpinan parti itu juga mendesak Ketua Armada Bersatu,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan.


“Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Pengerusi Bersatu dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kena bertanggungjawab penuh atas penipuan besar ini yang mana selama lebih setahun kami menyokong perjuangan ini atas dasar percaya tetapi kini kamu sedar dipermainkan.


“Kami diakar umbi diperbodohkan dengan begitu mudah dan kami mendesak ROS supaya membatalkan pendaftaran Bersatu kerana mereka penipu danTun Dr Mahathir dan Syed Saddiq kena meletak jawatan,” katanya pada  sidang media di sini, hari ini.


Airul Amir berkata, ahli akar umbi berasa diperdaya oleh kepimpinan parti berkenaan yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab  dengan baik dalam membela mereka.


Beliau berkata, tindakan pengharaman Bersatu oleh ROS amat wajar dalam memberi pengajaran kepada kepimpinan parti berkenaan supaya bersikap bertanggungjawab.


“Kami ahli-ahli Armada Pahang bersepakat menyatakan kami ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr. Mahathir dan Syed Saddiq, kononnya Armada ini wujud sedangkan hakikatnya sayap imi haram dan tidak wujud di sisi ROS.


“Kami secara jujur dengan rasa tertekan mendesak ROS supaya membatalkan terus pendaftaran parti Bersatu sebagai pengajaran,” katanya


Sementara itu, seorang lagi ahli Bersatu Mohd Izaid Mohd Nor berkata, beliau kecewa dengan tindakan Syed Saddiq dan Tun Mahathir yang tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab dan gagal menyelesaikan pelbagai isu dalam parti.


“Mana Syed Saddiq sekarang, dengar di Paris pergi sana sini. Armada tidak wujud tetapi kepimpinan bersenang lenang hidup dan sampai bila hendak membuat kami macam bahan mainan, di mana perjuangan dan kejujuran yang dilaungkan,” katanya

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]