AS akan jumpa rakyatnya yang ditahan

in Global by


SEOUL – KOREA SELATAN. Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata, pihaknya akan bertemu dengan warga AS yang ditahan kerana menyeberangi kawasan larangan awam untuk memasuki Korea Utara tanpa kebenaran, lapor agens berita Korea Selatan Yonhap.


“Kami tahu mengenai berita penahanan warga AS di Korea Selatan berhampiran sempadan Korea Utara,” kata  jurucakap Jabatan Negara AS, Katina Adams kepada Voice of America.


Warga Amerika berusia 58 tahun itu hanya dikenali sebagai “A,” ditahan pada pukul 9.55, Isnin ketika sedang menyeberangi kawasan kawalan sempadan di daerah Yeoncheon, 62 kilometer di utara Seoul.


Lelaki berkenaan dari Louisiana, Amerika itu, dilaporkan tiba ke Korea Selatan tiga hari sebelum ditahan dan dipercayai cuba memasuki negara komunis tersebut untuk tujuan politik.


Dalam usaha mengawal kemasukan orang awam, sesiapa yang ingin menyeberangi kawasan berkenaan perlu mendapat permit kebenaran terlebih dahulu.


Siasatan bersama membabitkan polis Korea Selatan, tentera dan Perkhidmatan Risikan Negara berhubung perkara itu masih berjalan. –Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]