Boikot hotel larang pekerja pakai tudung

in Nasional by


SHAH ALAM – Mana-mana hotel yang tidak membenarkan pekerjanya bertudung wajar diboikot rakyat negara ini tanpa mengira kaum atau agama.


Pengerusi Persatuan Inspirasi Muhibah India Muslim Malaysia (IMIM), Sabarudin Abdul Rahman mempersoalkan bagaimana hotel boleh halang pekerja bertudung, sedangkan tidak ada mana-mana negara melarang wanita untuk bertudung.


“Sebagai orang Islam, kita berhak pertahan hak kita. Bertudung tidak halang seseorang itu menjalankan tugas atau kerja.


“Bertudung juga lebih bersifat mesra dalam bidang hotel apabila fokus lebih kepada menjaga kebersihan,” katanya dalam kenyataan, semalam.


Menurutnya, mana-mana pihak yang mahu menjalankan perniagaan di negara ini perlu menghormati adat resam, undang-undang dan agama dalam Perlembagaan Persekutuan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]