Bola sepak erat silaturahim

in Sukan by


AKADEMI Bola Sepak Hira’ (HFA) baru-baru ini menganjurkan Karnival Bola Sepak Hira’ 2017 di Klang untuk murid Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) bagi memupuk dan menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.


Pengerusi HFA, Aszahari Jameri berkata, karnival ini bertujuan mendidik murid mengamalkan gaya hidup sihat serta jati diri yang tinggi dengan penyertaan aktif dalam bidang sukan selain tumpuan terhadap pencapaian akademik.


“HFA sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan dengan hasrat murni untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, guru dan ibu bapa SRIH melalui sukan bola sepak.


“HFA juga mengambil inisiatif untuk membantu mengurus dan membangunkan sukan bola sepak SRIH untuk membentuk sebuah jenama institusi Islam yang kukuh sejajar dengan arus perkembangan perdana secara menyeluruh,” katanya.


Karnival itu dirasmikan Timbalan Yang Dipertua PIBG, Institusi Pendidikan Hira’, Ubaida Othman dihadiri pemain PKNS FC, Safee Sali.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]