Diskriminasi terhadap Islam: Mufti Pahang

in Nasional by


KUANTAN – “Ini adalah salah satu bentuk diskriminasi terhadap Islam,” kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, mengulas mengenai isu larangan pekerja wanita bertudung oleh hotel antarabangsa di negara ini.


Beliau berkata, perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana pemakaian tudung adalah wajib bagi wanita Muslim.


“Larangan ini tak sesuai dan bertentangan dengan apa digariskan oleh Islam. Ini berkaitan dengan aurat. Tutup aurat ini bukan satu perkara yang boleh dipilih-pilih tetapi ia perkara wajib.


“Cara (larangan) itu  satu petanda yang mereka ini tak hormat Islam, sedangkan tudung itu salah satu tuntutan,” katanya.


Menurutnya, pihak terlibat sepatutnya faham orang Islam mengikut satu perintah yang telah digariskan oleh agama.


“Mereka ini kena faham, sebab negara kita ini Islam agama rasmi,” katanya.


Dalam pada itu, Abdul Rahman mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak berkaitan yang cuba mencabar undang-undang negara ini.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]