Isu Rohingya: Gagal cari penyelesaian

in Global by


MANILA – FILIFINA. Sidang Kemuncak Asean berlangsung selama dua hari di ibu negara Filipina gagal mencari jalan penyelesaian berhubung isu Rohingya, namun pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi bersetuju menerima bantuan kemanusiaan untuk golongan tersebut.


Menurut jurucakap Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, hanya dua daripada 10 wakil negara Asia Tenggara mengetengahkan isu Rohingya dalam mesyuarat pleno pada Isnin lalu.


“Suu Kyi beri jaminan kepada mereka bahawa Kerajaan Myanmar sedang menangani masalah itu, malah Duterte menerusi kenyataan pengerusi melabel krisis itu sebagai ‘masalah daya tahan bencana’,” jelasnya.


Difahamkan, isu tersebut hanya dijelaskan menerusi frasa tunggal dalam dokumen setebal 26 muka surat yang menyebut ‘Kami memperluaskan penghargaan atas respons segera dalam penghantaran bantuan kepada mangsa banjir kilat dan tanah runtuh di utara Vietnam, masyarakat kehilangan tempat tinggal di bandar Marawi serta komuniti terjejas di negeri Rakhine’.      


September lalu, menteri luar Asean turut mengambil pendekatan berdiam diri terhadap situasi kemanusiaan di Rakhine.


Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam telah bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan atau masuk campur dalam hal ehwal dalaman negara lain melainkan ia berada dalam konsensus, lapor Agensi.


Source: SH Global

[featured-video-plus]