Larangan bertudung tindakan terbelakang: Zambry

in Nasional by


IPOH – Tindakan rangkaian hotel antarabangsa di negara ini yang melarang kakitangan Islam di bahagian perkhidmatan pelanggan memakai tudung disifatkan sebagai tindakan ‘terkebelakang.’


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau kecewa dengan tindakan itu kerana isu pemakaian tudung sudah tidak dibincangkan kerana rakyat berbilang kaum di negara ini  sudah boleh menerimanya dengan baik.


“Saya tak faham kenapa ada pihak yang beri  syarat yang tidak masuk akal dan disokong pula oleh persatuan dalam negara.


“Ini Malaysia. Ini satu ‘acceptance’ (penerimaan). Kita dah tidak rasa asing, orang Islam dan bukan Islam sudah boleh tinggal bersama dan ini (tudung), satu perkara biasa yang diterima.


“Tindakan yang dibuat ini tindakan ‘terkebelakang.’ Saya kecewa dengan tindakan itu. Apakah yang tidak berpakaian itu lebih disukai, lebih beradab, mungkin? Itu hak individu masing-masing,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) sebelum ini yang mempertahankan tindakan operator hotel dan menegaskan ia sebahagian daripada polisi antarabangsa, bukannya satu diskriminasi.


Dalam pada itu, Zamby menyifatkan respons daripada rakyat berbilang kaum di negara ini yang mengkritik larangan berkenaan membuktikan pemakaian tudung diterima di negara ini.


“Ya, Malaysia memang berbeza dan menerima corak kehidupan setia kaum sehingga ke hari ini tanpa berasa terasing antara Islam dan bukan Islam.


“Respons itu sekali gus membuktikan kita adalah Malaysia,” katanya.


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]