Mais serah dana perkasa dakwah NGO

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan sumbangan dana berjumlah RM2,259,180 kepada Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i), Rumah Perlindungan Al-Riqab (RPA), Rumah Kebajikan Perlindungan Anak Yatim dan Rumah Kebajikan menggunakan peruntukan Asnaf fisabilillah Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi 2017.


Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, daripada jumlah itu, RM910,000 diserahkan kepada 72 badan NGO-i yang berdaftar di bawah Mais.


“Semua NGO-i ini menerima sumbangan dana antara RM10,000 sehingga RM20,000 menerusi aktiviti dakwah dijalankan.


“Pemberian ini bertujuan memperkasa dakwah Pertubuhan NGO-i dan membangunkan sahsiah Umat Islam di negeri ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada masjlis Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Selangor dan penyerahan dana NGO- i (Mais) 2017, di sini hari ini.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Mais), Datuk Mohd Shukri Dahlan.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]