Ramai kata RON95 naik 10 sen?

in Semasa by


BELUM apa-apa, ramai ‘pakar’ dari laman sosial mula mengeluarkan status, ‘tweet’ dan ‘re-tweet’ mengatakan kononnya harga minyak ‘confirm’ naik.


“RASMI – Harga minyak untuk 16hb-22hb November 2017. RON95 naik 10 sen, RON97 naik 12 sen dan diesel naik 15 sen,” kata seorang ‘pakar’ di laman Twitter.


Tidak cukup dengan itu, mereka juga¬† ‘re-tweet’ kenyataan hampir sama berulang kali


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa mengumumkan harga rasmi petrol dan diesel melalui laman Facebook mereka iaitu KPDNKK-Laman Rasmi.


Pengumuman harga minyak kebiasaannya dilengkapi infografik pada setiap  Rabu, sekitar jam 5 petang hingga 6.30 petang.


Selain mereka yang menyebarkan khabar angin dan mesej tular palsu, terdapat pelayar lain yang ‘terganggu’ dengan penyebaran maklumat palsu.


“Bukti orang Malaysia senang percaya viral message & malas nak verify,” kata seorang pelayar.


Tunggu pengumuman rasmi, jangan panik!


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]