Tentera rampas kuasa, Zimbabwe kini bergolak

in Global by


HARARE – ZIMBABWE. Tentera Zimbabwe dilaporkan telah merampas kuasa di negara iti dan menawan sebuah stesen televisyen nasional, ZBC.


Menurut laporan CNN, pihak tentera mengatakan presiden, Robert Mugabe ‘dan keluarganya dalam keadaan selamat’.


Kenyataan pihak tentera dikeluarkan melalui stesen televisyen yang ditawan.


Laporan media tempatan mengatakan beberapa bunyi tembakan dan letupan termasuk tembakan artileri kedengaran di utara ibu kota, pagi tadi.


Anggota tentera juga dilaporkan mengawal lapangan terbang antarabangsa Zimbabwe.


Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma mendakwa beliau berjaya menghubungi presiden dan Mugabe kini ditahan di kediamannya oleh pihak tentera.


Beberapa pos kawalan juga didirikan di sekitar Harare dan melibatkan kereta perisai tentera.


[ARTIKEL BERKAITAN: Tentera nafi guling Presiden Zimbabwe]


Pegawai tentera, Major Jeneral S.B. Moyo bagaimanapun menafikan khabar angin rampasan kuasa tersebut.


“Kepada rakyat kami dan mereka di luar Zimbabwe, kami mahu menjelaskan bahawa ini bukan satu usaha rampasan kuasa,” kata Moyo melalui siaran langsung oleh ZBC.

Moyo. – foto AFP


Kata Moyo, pihak tentera ‘dalam satu misi yang menyasarkan penjenayah di sekeliling pemerintahan Mugabe yang telah menyebabkan kerosakan ekonomi dan sosial’.


“Selepas misi kami selesai, kami jangka keadaan akan kembali normal,” tambah Moyo dalam siaran tersebut.


Selain itu, Moyo mengatakan semua cuti anggota tentera dibatalkan dan diarahkan kembali ke markas masing-masing.


Moyo juga menggesa kerjasama dari pihak keselamatan lain terhadap pihak tentera.


Source: SH Global

[featured-video-plus]