5,000 rumah generasi baru Felda akan dibina

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,000 unit rumah akan dibina untuk diberikan kepada generasi baru Felda.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, rumah tersebut masih dalam peringkat awal.


“Felda bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan projek ini dinamakan Rumah Mesra Generasi Baharu Felda (RMGBH).


“Ia akan dilaksanakan secara berperingkat dengan peruntukan sebanyak RM164 juta,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Ahamad Nazlan Idris (BN-Jerantut).


Beliau berkata, peruntukan tersebut hanya kepada pembinaan unit-unit rumah sahaja manakala tambahan sebanyak RM300 juta lagi diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur asas yang mana ianya akan menggunakan dana dalaman Felda.


“Sehingga kini, sudah 60 peratus kerja-kerja pengukuran di kawasan yang terlibat sudah siap.


“Permohonan Pembatalan GSA dan Permohonan Tanah ke Pejabat Tanah dan Daerah yang terlibat juga telah dilaksanakan,” katanya.


Jelasnya, dengan pelaksanaan RMGBF adalah sebagai gantian daripada dasar Pemberimilikan Lot Kosong kepada generasi baru Felda.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]