Agen nafi perdagang amah

in Semasa by


PETALING JAYA – Seorang agen pembekalan pekerja asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tiga tuduhan memperdagangkan wanita Indonesia, lima tahun lalu.


Yew Shen Chwan bagaimanapun mengaku tidak bersalah.


Dia didakwa memperdagangkan Nuryetni Seko, 27, bagi maksud eksploitasi kerja paksa dengan penggunaan kekerasan.


Kesalahan itu didakwa dilakukan sebuah rumah di tiga lokasi berbeza iaitu di Bandar Putra Permai, Puchong, di Bandar Puchong Utama dan di Damansara Utama, antara 11 Mac 2012 dan 5 Februari 2016.


Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 13(b)Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.


Jika sabit kesalahan, Shen Chwan, 41, berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.


Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim manakala P G Cyril bertindak sebagai peguam bela lelaki itu.


Hakim Hilmiah Yusof membenarkan  jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin.


Sebagai syarat tambahan, Shen Chwan perlu menyerahkan pasport  kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan.


Mahkamah menetapkan 28 November depan untuk sebutan semula kes.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]