Cemas suami hampir tenggelam dalam banjir

in Edisi Utara by


CHANGLUN – Seorang isteri cemas apabila air banjir yang masuk ke dalam rumah secara mendadak hampir menenggelamkan katil suaminya yang lumpuh di rumah mereka di Kampung Padang Halban, semalam.


Rohada Bakar, 52, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi semalam apabila air sungai yang terletak lima meter dari rumahnya melimpah selepas hujan lebat selama tiga jam.


“Air melimpah dengan deras dan sekelip mata saja dah penuh dalam rumah.


“Masa itu saya dah mula risau dengan keadaan suami sebab air yang masuk itu hampir tenggelamkan katil dia, kami pula tak ada tempat lain yang lebih tinggi,” katanya, ketika ditemui di pusat pemindahan SMK Changlun petang tadi.


Menurutnya, salah seornag daripada tiga anaknya kemudian segera keluar meminta pertolongan pihak berkuasa.


“Mujur APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) mai rumah selamatkan kami dan bawa suami ke SMK Changlun dengan ambulans,” katanya


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]