Galak petani, peladang tanam durian berkualiti

in Uncategorized by


IPOH – Kerajaan negeri menggalakkan golongan petani dan peladang di negeri ini menanam durian berkualiti berikutan permintaannya yang tinggi dalam pasaran.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara berkenaan selaras dengan hasrat menjadikan Perak sebagai pengeluar makanan utama di negara ini.


“Ketika ini durian mendapat sambutan dari seluruh dunia dan permintaannya agak tinggi di China.


“Bayangkan jika satu China mengimport durian, sudah pasti ia akan berikan pulangan ekonomi kepada kita,” katanya kepada Sinar Harian.


Justeru itu, beliau berkata, golongan berkenaan disaran ambil kaedah penanaman yang berkualiti.


“Perak adalah negeri yang banyak hasilkan durian berkualiti.


“Beberapa pendekatan telah dilakukan kepada kaedah penanaman durian baka Musang King, D24, Duri Hitam dan sebagainya,” katanya.


Katanya, bantuan daripada agensi negeri dan tunjuk ajar membolehkan durian di negeri ini dipasarkan dengan baik.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]