Isu liwat: Jawi panggil Ahmad Husni

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan memanggil Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah behubung kenyataan liwatnya di Parlimen, minggu lalu.


Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, berkata perkara itu dinyatakan sendiri oleh pegawai penyiasat Jawi hari ini.


“Kami dimaklumkan hal itu selepas Jawi memanggil kami hari ini ntuk memberi kenyataan selepas membuat laporan qazaf terhadap Ahmad Husni.


“Pegawai penyiasat itu juga berkata, jika perlu anak saudara Ahmad Husni pun akan dipanggil,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.


Minggu lalu, Mohamed Hanipa dan ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membuat laporan qazaf terhadap Ahmad Husni selepas membuat kenyataan liwat tanpa bukti dan saksi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam pada itu, Raja Kamarul Bahrin berkata, tidak sepatutnya kenyataan seumpama itu boleh keluar dari seorang ahli Parlimen.


“Tidak seharusnya dewan yang mulia ini dicemari dengan kenyataan seumpama itu.


“Apatah lagi orang yang dituduh itu di dalam penjara dan tidak boleh membela diri. Perkara ini bukan ringan dan harus diambil tindakan sewajarnya,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]