Kasma fokus menang di laman sendiri

in Sukan by


HALA tuju Kasma Daniel Kasmayuddin pada 2018 yang sering menjadi persoalan, tidak menjejaskan fokus pelumba muda berbakat itu untuk memenangi pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 di laman sendiri di Dataran Bandar Penawar, Johor bermula esok dan Ahad ini.


Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor itu, merangkul gelaran juara keseluruhan CP150 dengan 125 mata.


“Perlumbaan di laman sendiri sangat penting. Sejak 2015 dalam kategori CP115, saya menang semua perlumbaan di Johor. Saya mahu kekal rekod itu sebagai hadiah keluarga dan penyokong.


“Lagipun ini perlumbaan terakhir. Tentu saya nak tamatkannya dengan bergaya,” jelas Kasma.


Mengulas destinasi selepas ini, Kasma yang beraksi Moto3 di Kejuaraan Motosikal Remaja Dunia di Sepanyol berkata; “Saya serah keputusan kepada pasukan menentukan hala tuju saya selepas musim 2017 berakhir.”


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]