Kata-kata ibu hendak mati jadi kenyataan

in Edisi by


KUALA KRAI – Ibu Ketua Puteri Umno Kuala Krai yang menghadapi masaalah buah pinggang kronik menghembuskan nafas terakhir jam 12 tengah hari, hari ini.


Zuraihah Muhammad berkata, tahap kesihatan Maimunah Che Daud, 71, merosot sejak tiga bukan kebelakangan ini.


Menurutnya, walaupun sakit,rutin hidup ibunya  sama seperti sebelumnya seolah-olah dia tidak sakit memandangkan arwah tidak mahu menyusahkan anak-anak.


“Sejak dua minggu kebelakangan ini arwah mek (mak) kurang selera makan.


“Mek juga bagi tahu dia dah hendak mati,” katanya yang tidak mengesyaki apa-apa ketika ibunya mengungkapkan kata-kata itu.


Katanya, dia tidak menyangka ibunya seakan tahu ajalnya hampir ke penghujung.


“Saya tidak duga mek yang pergi dulu kerana ayah yang sakit lebih lama darinya,tapi,saya reda”katanya.


Zuraihah berkata, dia rapat dengan ibunya memandangkan sejak setahun lalu dia serta dua anak perempuannya tinggal bersama kedua ibubapanya  di Kuala Nal.


Katanya lagi,dia diberitahu berita kematian ibunya dari abangnya,Zulkeetly,50,yang menelefonnya ketika menghadiri program  di Selangor dan kemudiannya terus pulang.


Arwah meninggalkan suami, Muhammad Awang Lah, 78, yang menghidap strok serta tujuh anak berusia 33 hingga 50 tahun.


Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Nal, selepas solat  Isyak


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]