Keputusan UPSR diumum 23 November

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan diumumkan pada 23 November ini.


Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Kementerian Pendidikan berkata  calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari  berkenaan.


“Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 melalui mySMS 15888.


“Perkhidmatan  ini akan diaktifkan bermula 10 pagi pada 23 Nov dan akan ditamatkan pada 6 petang pada 29 Nov,” demikian menurut kenyataan itu.


Seramai 443,794 calon menduduki UPSR tahun ini membabitkan  8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]