Monorel beroperasi akan beroperasi semula

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


AYER KEROH – Perkhidmatan Monorel Melaka yang terbengkalai sejak 2013 dan menelan kos RM21 juta akan beroperasi semula dalam masa terdekat ini.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, sebelum ini kemudahan yang berlokasi di tebing Sungai Melaka itu terpaksa dihentikan operasi kerana masalah teknikal dan kerja-kerja pembaikan telah dilaksanakan sebelum akan dibuka untuk orang ramai tidak lama lagi.


“Saya difahamkan dalam berapa ketika ini kita menunggu pengesahan daripada jurutera, ketua jurutera Majlis Bandaraya Melak Bersejarah (MBMB) untuk mengesahkan monorel itu selamat untuk dinaiki orang ramai.


“Setelah sekian lama akhirnya monorel itu akan bergerak dan boleh digunakan pengunjung-pengunjung,” katanya.


Tambahnya, perkhidmatan yang memiliki landasan sepanjang 1.6 kilomter itu sememangnya dinantikan rakyat negeri ini dan ia akan menambahkan lagi produk pelancongan di Melaka sekali gus menarik orang ramai untuk datang ke sini.


Perkhidmatan Monorel Melaka yang telah dirasmikan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Ali Rustam pada 2010, sebelum ini tergendala perkhdimatannya selepas penumpang yang juga pelancong dari Britain terkandas pada November 2011 selepas setahun monorel itu beroperasi.

 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]