Polis cari 62 lelaki, sembilan wanita

in Semasa by


KUALA PILAH – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah mengeluarkan identiti 71 individu dikehendaki pihaknya bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah sejak tahun 2003 hingga kini.


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, mereka yang diburu terdiri daripada sembilan wanita dan  62 lelaki berusia lingkungan 19 sehingga 64 tahun.


“Kesemua individu yang dikehendaki itu gagal dikesan bagi membantu siasatan beberapa kes seperti jenayah kekerasan (13), kehilangan dan kecurian harta benda (36) dan kes-kes lain (22).


“Bagaimanapun, dari jumlah itu, lima lelaki ini paling dikehendaki polis bagi membantu siasatan,” katanya.


Kata beliau, dicari ialah Muhamad Faizal Yaakob, 27, selepas dipercayai terbabit kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (jenayah kekerasan).


“Turut diburu bagi Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), ialah Mohamad Shahrul Hadi Abdullah, 26, dan  Ahmad Hazzwan Shahin Ahmad Hizam, 28.


“Seorang lelaki, iaitu Saiful Mat Jalal, 34, dikehendaki dipercayai terbabit kes mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi) dan Najeebnoor Adnan, 31, terbabit mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah),” katanya.


Menurut Haslah, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu terbabit diminta menghubung Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan Norazuan Said ditalian 012-9343099 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]