Tidak jatuhkan imej hotel jika berhijab

in Nasional by


SEREMBAN – Imej bertudung tidak pernah menghalang gerak kerja, mahupun mengganggu prestasi seseorang untuk berdepan orang ramai.


Itulah yang ditegaskan Norhafizah Zainal Abidin, 24, yang bekerja di Hotel d’Sora Boutique Business, Sendayan, sejak setahun lalu.


Katanya, sebagai seorang wanita Muslim, majikannya tidak pernah menghalang mana-mana pekerjanya untuk berhijab, malah sering diberi kepercayaan bertugas di bahagian hadapan untuk bertemu pengunjung hotel.


“Sebagai seorang wanita Muslim, kita memang diwajibkan menutup aurat dan itu dituntut dalam agama Islam.


“Sebagai sebuah negara Islam, mereka perlu menghormati masyarakatnya, ini bukan budaya sebaliknya ini (menutup aurat) adalah perkara dituntut dalam agama dan itu adalah kewajipan kita sebagai seorang wanita Muslim.


“Bagi saya, tidak adil jika wanita Muslim jadi mangsa diskriminasi sebegini semata-mata mahu memenuhi tuntutan kerja demi menjaga imej hotel, siapa pula yang mahu menanggung dosa kita?,” katanya.


Menurutnya, memakai hijab di tempat kerja sedikit pun tidak menjatuhkan imej syarikat, sebaliknya dengan perubahan trend fesyen terkini, ramai wanita berhijab berjaya dalam  kerjaya.


“Jangan jadikan isu bertudung ini sebagai alasan tidak boleh berjaya, kerana setiap rezeki itu datangnya daripada Yang Maha Esa,” katanya.


  


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]