Wisma Tok Guru: Injunksi Husam ditolak

in Semasa by


KOTA BHARU –  Mahkamah tinggi, di sini, sebentar tadi menolak permohonan injunksi ke atas Wisma Tok Guru yang dikemukakan Adun Salor, Datuk Husam Musa.


Keputusan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache selepas pertimbangan maksimum dibuat terhadap hujahan kedua-dua pihak.


“Mahkamah mengambil kira fakta paling penting iaitu defendan (Mohd Yasin Yusoff) adalah pemilik tanah yang sah melalui Kanun Tanah Negara 1965.


“Sebuhungan itu, permohonan ditolak dengan kos RM7,000,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]