AS keluarkan amaran perjalanan ke Eropah

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan amaran perjalanan ke Eropah pada Khamis, yang memberi amaran kepada rakyatnya tentang “peningkatan risiko serangan pengganas” di seluruh rantau itu, lapor agensi berita China Xinhua.


Merujuk insiden di beberapa negara Eropah termasuk Perancis, Britian dan Sweden baru-baru ini yang mendapat liputan meluas, Jabatan Negara AS berkata pihaknya tetap bimbang dengan potensi serangan pengganas pada masa depan.


Insiden terbabit membuktikan bahawa kumpulan militan Daesh dan al-Qaeda serta sekutu mereka masih mampu merancang serta melaksanakan serangan pengganas di Eropah, kata Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.


Kenyataan itu turut memberi amaran tentang ekstremis radikal yang mungkin melancarkan serangan “dengan memberi sedikit atau tanpa amaran.”


Menurut kenyataan itu, Amerika Syarikat akan terus bekerjasama rapat dengan semua sekutunya di Eropah untuk menangani keganasan.


Amaran perjalanan itu dijangka berakhir pada akhir Januari tahun depan. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]