Bomba cedera jalani temuduga naik pangkat dalam wad

in Nasional by


PUTRAJAYA – Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang cedera ketika melaksanakan tugas dan tidak dapat menghadiri temuduga kenaikan pangkat secara lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menjalani temuduga di hospital.


Shazlan Mohd Hanafiah, 32, dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Bainun akibat cedera ketika memadamkan api di kilangĀ  memproses habuk kayu untuk membuat papan lapis di Tasek pagi 11 November, dijadualkan menghadiri temuduga pada 13 November.


Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, JBPM berhubung dengan SPA bagi memaklumkan keadaan Shazlan dan memohon supaya Shazlan dibenarkan ditemuduga di wad dan ia dipersetujui SPA.


“Saya tidak pasti bila temuduga berkenaan akan diadakan kerana malam tadi saya dimaklumkan beliau yang sudah dipindahkan ke wad biasa masih belum ditemuduga,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan JBPM di ibu JBPM di sini hari ini.


Wan Mohd Nor berkata Shazlan akan menjalani temuduga kenaikan pangkat daripada pegawai JBPM gred KB19 ke gred 29.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada SPA di atas kebenaran yang diberikan supaya Shazlan untuk menjalani ditemuduga di hospital. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]