Jumlah mangsa banjir turun kepada 384 orang

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah setakat 4 petang ini menurun kepada 385 orang berbanding 839 orang tengah hari tadi.


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa berkata empat pusat pemindahan yang menempatkan 109 keluarga berbanding 212 keluarga masih dibuka di Kubang Pasu dan Kota Setar.


Di mukim Jitra, Kubang Pasu, 222 mangsa banjir ditempatkan di  pusat pemindahan di Dewan Kubur Siam,  dan Dewan Tokong Cina (50) manakala Dewan Jitra  yang sebelum ini menempatkan 182 mangsa telah pun ditutup jam 4 petang ini dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


Di mukim Malau, seramai 62 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan di  Kampung Lahar, manakala 204 mangsa di Dewan Kampung Bata telah dibenarkan pulang selepas ia ditutup jam 3 petang tadi.


Di Kota Setar, jumlah mangsa masih kekal 51 orang yang yang ditempatkan di Surau Assyakirin, Kepala Batas.


Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah mangsa banjir dijangka akan terus berkurangan berikutan kebanyakan kawasan mulai surut dan melancarkan aliran air ke sungai. – Bernama


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]