Penunggang maut motosikal rempuh kereta

in Edisi Utara by


BALING – Kereta dipandu seorang lelaki yang sedang membuat pusingan U di Jalan Kulim-Baling-Gerik berhampiran Kampung Landak, di sini dirempuh motosikal, menyebabkan penunggangnya maut, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, ketika kejadian pada  jam 7.30 malam itu, mangsa, Mohammad Nasharudin Mohd Isa dari Kampung Pahat Dalam Gerik, Perak yang menunggang motosikal jenis Modenas maut, manakala pembonceng, Mohamad Firdaus Ismail, 20an dari Kupang, mengalami kecederaan parah.


Menurutnya, mangsa yang dari arah Gerik ke Pekan Tawar merempuh pintu sisi kanan sebuah kereta Vios dari arah Grik yang berhenti di tepi jalan sebelum membuat pusingan-U.


“Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital daerah Baling, namun penunggangnya maut ketika menerima rawatan,” katanya kepada pemberita, di sini.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987 kerana memandu dan menyebabkan kematian.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]