Ribut petir di utara semenanjung, Sabah dan Sarawak

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak sehingga awal malam ini.  


Dalam satu kenyataan di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata daerah terbabit ialah Yan, Kuala Muda, Kulim, Baling, Pendang, Kota Setar dan Bandar Baharu di Kedah; Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau,Tambunan, Kudat dan Labuan di Sabah serta  Raub dan Temerloh di Pahang.


“Keadaan sama turut dijangka berlaku di Bintulu, Mukah, Dalat, dan Sibu di Sarawak,” demikian menurut kenyataan itu. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]