Fadzlette wanita pertama berpangkat Mejar Jeneral

in Nasional by


PUTRAJAYA – Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral, semalam.


Pemakaian pangkat itu menyaksikan Fadzlette sebagai satu-satunya wanita yang masih berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memakai pangkat berkenaan.


Difahamkan, Fadzlette berkhidmat selama 37 tahun bersama ATM dan antara wanita yang menjadi kumpulan pertama diambil untuk berkhidmat secara tetap dalam cabang darat ATM pada 1980.


Pemakaian pangkat beliau disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim di pejabatnya di sini, petang semalam.


Beliau menjawat jawatan selaku Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri sejak 2015, ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]