Khidmat Zulhamizan bersama Kuantan FA berakhir

in Sukan by


ZULHAMIZAN Zakaria mengesahkan beliau tidak akan mengendalikan Kuantan FA bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim depan.


Zulhamizan berkata, beliau sudah hampir pasti akan mengendalikan satu lagi pasukan Liga Perdana di Lembah Klang.


“Saya tidak akan melatih Kuantan FA kerana tidak ditawarkan kontrak baharu.


“Tapi buat masa ini saya sudah ditawarkan untuk melatih sebuah pasukan Liga Perdana di Lembah Klang. Pasukan mana, biarlah ia dirahsiakan dahulu.


“Boleh saya katakan perbincangan itu sudah menghampiri 80 peratus persetujuan dan mungkin minggu depan saya akan memuktamadkan urusan kontrak tersebut,” katanya.


Zulhamizan bekas pemain kebangsaan mula mengendalikan skuad The Seagulls  pada Julai 2015.


Sejak bersama pasukan itu, beliau berjaya memastikan Kuantan FA terus kekal di Liga Perdana walaupun berdepan prestasi turun naik bersama pasukan berkenaan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]