Najib tiba di Sabah untuk lawatan kerja

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini bagi melakukan lawatan kerja sehari di Sabah.


Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 11 pagi, disambut Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.


Turut menyambut ketibaan Najib adalah Menteri-menteri negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan ketua-ketua masyarakat.  


Najib akan merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) kali ke-32 di Dewan Hongkod Koisaan  Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Murut (KDCA), sebelum melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Pakej 6 di Padang Majlis Daerah Putatan pada pukul 2 petang.


Selepas itu, Najib akan meninjau projek Pan Borneo Pakej 5 di Jambatan Simpudu, Papar pada kira-kira 4.30 petang, diikuti lawatan ke sekolah daif, iaitu projek membina bilik darjah baharu Sekolah Kebangsaan Tanaki, Papar. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]