'Semoga ada sinar di sebalik kepayahan ini…'

in Politik by


SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap agar suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diberi ketabahan dalam menempuh rintangan kehidupan.


Dalam satu perkongsian di Facebooknya, Wan Azizah berkata, cabaran yang dilalui Anwar ‘sukar untuk digambarkan dengan kata-kata’.


“Memohon doa, kesihatan dan ketabahan buat DSAI…ujian, rintangan, fitnah yang terpaksa beliau tempuhi.


“Sukar untuk digambarkan hanya kerabat yang terdekat sahaja yang mampu menyelami pahit jerih kepayahan yang beliau rasai, hanya kepada ALLAH dipohon segala pengharapan, semoga ada sinar di sebalik kepayahan ini. Insya-ALLAH,” tulisnya.


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi Anwar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


[ARTIKEL BERKAITAN: Najib lawat Anwar, doakan cepat sembuh]


Difahamkan, Anwar selamat menjalani pembedahan artroskopi bahu kanannya di HKL pada 12 November lalu.


Beliau sekarang ditempatkan di CCU hospital berkenaan dan pasukan doktor yang merawat beliau menasihatkan supaya beliau tidak diganggu buat sementara waktu.




 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]