Speaker terlibat skandal rasuah kemalangan

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Suspek utama skandal rasuah AS$170 juta (RM710 juta) berkaitan kecurian dana kerajaan Indonesia, Setya Novanto yang diburu pihak berkuasa untuk membantu siasatan terlibat dalam kemalangan kereta.


Perkara itu disahkan peguam Speaker Parlimen tersebut, Fredrich Yunadi, semalam.


Menurutnya, Setya bukan cuba mengelakkan siasatan dan ia kali kedua beliau dimasukkan ke hospital di tengah-tengah kekecohan berhubung penglibatannya dalam skandal rasuah kad pengenalan elektronik, e-ID.


“Beliau terlibat nahas itu ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK),” ujarnya lagi.


Rabu lalu, KPK keluarkan waran tangkap ke atas Pengerusi Parti Golkar terbabit selepas gagal tampil bantu siasatan. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]