Bayar kompaun sebelum membaharui lesen

in Edisi Selangor KL by


SUBANG JAYA – Pemilik perniagaan di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diingat supaya menjelaskan tunggakan kompaun sekiranya ada sebelum memperbaharui lesen perniagaan masing-masing.


Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali bekata, pemilik perniagaan juga perlu memastikan semua syarat-syarat tambahan bagi lesen perniagaan dan iklan dipatuhi dan tempoh kelulusan tersebut masih sah sebelum pembaharuan lesen dibuat.


Menurutnya, pihak majlis sudah membuka kaunter bagi pembaharuan lesen perniagaan MPSJ bagi tahun 2018 bermula 14 November lalu hingga 5 Januari depan.


“Pembaharuan lesen perniagaan dan iklan ini boleh dibuat di kaunter Ibu Pejabat MPSJ, kaunter Pejabat Cawangan Bandar Puteri, Puchong dan Pejabat cawangan MPSJ (Stadium), Serdang Jaya.


“Kaunter di ibu pejabat dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga jam 6 petang. Manakala kaunter cawangan mula beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang dan tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad,” katanya.


Beliau berkata, pembaharuan lesen perniagaan dan iklan juga boleh dibuat melalui kaedah atas talian menerusi laman web MPSJ http:/www.mpsj.gov.my. dan pelanggan perlu berdaftar dengan My@MPSJ terlebih dahulu.


Katanya, peniaga juga boleh melakukan urusan itu di kaunter dan kios bayaran di IbuPejabat MPSJ,”katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]