Belaian, layanan GRO tak lama

in Semasa by


KLANG – Pelanggan terbuai dengan dendangan lagu dan layanan manja gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing.


Namun, itu semuanya terhenti serta-merta selepas pusat hiburan yang terletak di Bandar Botanic, di sini, diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu dijalankan hasil maklumat dan risikan pihaknya.


Menurutnya, ketika serbuan, dapati muzik sedang kuat dimainkan sebelum pihaknya menunjukkan kad kuasa kepada penjaga premis terbabit.


“Dalam serbuan tersebut, seramai 18 GRO berusia lingkungan 18 hingga 30-an telah ditahan.


“Pemeriksaan dokumen mendapati mereka merupakan warga Vietnam,” katanya.


Tambahnya, seorang penjaga premis warga tempatan berusia lingkungan 30-an juga ditahan bagi membantu siasatan.


Mengulas lanjut, ketika serbuan, dapati rata-rata GRO terbabit sedang leka melayan pelanggan masing-masing.


“Ada sebahagian mereka cuba melarikan diri, namun tindakan itu gagal apabila anggota kita telah bertindak awal dengan mengepung semua laluan,” katanya.


Shamsul Amar berkata, beberapa barang telah dirampas iaitu anak kunci, beg dan resit jualan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B di bawah Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.


 


 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]