Hannah tolak sertai CEC

in Politik by


SHAH ALAM – Adun Subang, Hannah Yeoh menolak tawaran untuk menyertai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, selepas parti itu menjalankan pemilihan semula ahli jawatankuasa tertingginya, minggu lalu.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, dengan penolakan Hannah itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy telah dipilih menggantikannya.


“Dengan pemilihan Ramasamy, beliau telah diletakkan di sebuah jawatan kuasa yang dipanggil sebagai The Marhaen, yang berfungsi menyuarakan suara rakyat Malaysia.


“Manakala Lim Kit Siang pula kekal dengan jawatan dahulu iaitu sebagai Ketua Parlimen DAP,” katanya dalam kenyataan.


Sementara itu, DAP sedang menunggu laporan audit yang akan dibuat oleh Grant Thornton, sebuah firma berpangkalan di Amerika Syarikat yang ditugaskan menjadi pemerhati semasa sesi pemilihan CEC itu.


Guan Eng berkata, pihaknya hanya mempunyai masa dua bulan untuk menghantar laporan tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).


Source: SH Politik

[featured-video-plus]