Jambatan ketiga Klang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala

in Edisi Selangor KL by


KLANG РSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan  menamakan jambatan ketiga Klang yang bernilai RM199 juta di sini sebagai Jambatan Raja Muda Nala sempena nama putera Sultan Selangor yang pertama.


Baginda bertitah demikian ketika merasmikan jambatan berkenaan hari ini.


Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Pembinaan jambatan sepanjang 2.5 kilometer merentasi Sungai Klang dari persimpangan Sungai Udang dan berakhir di Tanjung Syawal itu adalah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyuraikan trafik sekitar Klang. Ia mula dibina pada Julai 2014 dan siap pada Jun lepas.


Jambatan itu dijangka mampu mengurangkan 20 peratus jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Kota dan Jambatan Tengku Kelana.


Raja Muda Nala, adalah putera kepada Sultan Selangor yang pertama, Sultan Sallehuddin Shah.


Apabila Sultan Sallehuddin mangkat pada tahun 1778, putera baginda, Raja Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Selangor bergelar Sultan Ibrahim Shah.


Baginda kemudian melantik pula adinda baginda, Raja Nala menjadi Raja Muda Selangor. – Bernama


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]