Kereta tanpa pemandu membelah jalan raya UK pada 2021

in Global by


LONDON-UNITED KINGDOM. Kereta tanpa pemandu dijangka membelah jalan raya di United Kingdom (UK) menjelang 2021.


Perkara itu disampaikan Menteri Kewangan Britain, Philip Hammond dalam pembentangan belanjawan pada Rabu lalu.


Menurut laporan portal antarabangsa, Hammond mendedahkan peruntukan AS$99 juta (RM411 juta) untuk teknologi Kepintaran Buatan dan merancang bagi membenarkan pembuatan serta pengeluaran kereta tanpa pemandu di jalan raya UK.


Hammond akan mengumumkan perubahan peraturan itu bagi membenarkan industri kereta tanpa pemandu Britain, yang dianggarkan kerajaan bernilai STG28 bilion (RM153 bilion) menjelang 2035.


Menurut kandungan belanjawan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini, undang-undang itu membolehkan kereta berkenaan berada di jalan raya dalam masa kurang daripada tiga tahun.


Menteri yang berdepan tekanan untuk membentangkan belanjawan yang lebih menarik susulan pertikaian Brexit dengan rakan Kabinet, juga akan mengumumkan dana STG400 juta (RM2.1 bilion) bagi syarikat-syarikat yang dapat menyediakan lebih banyak pemasangan kemudahan pengecas kenderaan terbabit di seluruh negara.


Source: SH Global

[featured-video-plus]