Pertambahan ahli bukti Pas terus kukuh

in Politik by


SHAH ALAM – Krisis dalaman yang melanda Pas tidak merencatkan perkembangan Pas dalam dunia politik negara.


Malah kata Penolong Setiausaha Agungnya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, bukti pendaftaran 100,000 ahli baharu menunjukkan Pas terus kukuh di persada politik tanah air.


“Pas sentiasa segar di dalam masyarakat walaupun adakala dilanda konflik dan krisis dalaman.


“Kempen ‘Pas Pilihanku’ yang dimulakan pada awal tahun ini menampakkan kesan kepada peningkatan ahli baharu bagi tahun 2017,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Pas sebelum ini dilihat bagai dilanda badai apabila seorang daripada pemimpinnya, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempamerkan pendirian berbeza berbanding parti.


[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pas tak mahu buang masa dengan Mahfuz‘]


Oleh kerana pandangannya yang berbeza, Pas Kedah akhirnya memutuskan untuk tidak membenarkan Mahfuz bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU akan datang.


Khairul Faizi berkata, perkembangan positif kemasukan ahli ini dipacu oleh penyelarasan sistem memproses keahlian  dan pembangunan sistem pendaftaran keahlian di bawah Jabatan IT yang lebih sistematik.


Katanya, jumlah pendaftaran ahli baharu Pas sejak empat tahun terakhir ini berjumlah 123,703 orang tidak termasuk Disember 2017.


“Pendaftaran ahli baharu tahun 2017 mampu mengatasi jumlah pendaftaran ahli tahun 2015 sekiranya pada bulan Disember 2017 nanti, pendaftaran ahli baharu dapat diluluskan sekurang-kurangnya 2,483 orang.


“Pemfokusan terhadap pengurusan organisasi parti khususnya di bawah pentadbiran Datuk Takiyuddin Hassan turut membantu menambahkan sokongan dan dukungan masyarakat kepada Pas,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]