Umno perlu kekalkan kuasa

in Politik by


KUALA LUMPUR – Umno perlu mengekalkan kuasa bagi mentadbir negara ini agar segala perancangan yang diaturkan kepada rakyat dapat dilaksanakan.


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya kuasa jatuh kepada DAP, semua usaha yang digerakkan akan sia-sia.


“Di negara ini ada dua parti dominan dalam gabungan iaitu Umno (dalam BN) serta DAP dalam Pakatan Harapan. Kalau kuasa yang ada pada Umno terlepas, semua perancangan tak dapat diteruskan.


“Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak umum mengenai Program Transformasi Nasional (TN50) bagi bangunkan orang Melayu dan Islam. Kalau terlepas kepada DAP yang dominan dalam pakatan pembangkang, apa akan jadi kepada orang Melayu. Pokok pangkalnya kita mesti kekalkan kuasa agar usaha memperkasakan ummah dapat diteruskan,” katanya dalam Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0, semalam.


Katanya, ahli dan pemimpin Umno perlu bersiap sedia dari segi mental serta fizikal bagi menghadapi PRU 14.


“Kita perlu ada pemikiran mahu menang. Hari ini orang lain cabar hak kita (orang Melayu) dan tak pernah terlintas di fikiran orang persoalkan tentang tudung.


“Ini berlaku kerana perpecahan dalam orang Melayu yang kini berada dalam keadaan lemah. Bagaimana nak menang dalam PRU kalau kita lemah. Orang Melayu dan Islam perlu bersatu sekali gus mampu kuasai kerajaan kali ini,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]