Ada sebab mengapa kereta elektrik belum diteruskan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Penggunaan kereta elektrik di negara ini masih belum boleh diteruskan kerana dua agensi besar yang bertanggungjawab menyelia projek ini masih tidak mencapai kata persetujuan.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dalam isu penggunaan kereta elektrik ini, pihak Sirim dan pengangkutan masih ada perbezaan pendapat.


“Perlu dapat persetujuan bersama dahulu baru boleh diteruskan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan berkaitan perubahan iklim dunia di Parlimen, hari ini.


Terdahulu, kerajaan menyatakan hasrat mengurangkan pembebasan gas karbon di udara dengan memanfaatkan penggunaan kereta elektrik.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]