Arab Saudi gelar Hezbollah kumpulan pengganas

in Global by


RIYADH – ARAB SAUDI. Arab Saudi menggesa 22 negara dalam Liga Arab supaya mengecam kumpulan Hezbollah dari Lubnan sebagai kumpulan pengganas.


Menurut laporan CNN, pengecaman Hezbollah yang merupakan sekutu rapat Iran adalah sebahagian dari kempen Arab Saudi untuk mengekang pengaruh Iran dalam dunia Arab.


Menteri-menteri luar negara Liga Arab berkumpul di Kaherah, semalam untuk mesyuarat tergempar, hasil permintaan Arab Saudi.


Menteri Luar Lubnan, Gibran Bassil tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.


“Kami mahu semua pihak bertanggungjawab. Kami mahu kerajaan yang bersekutu dengan Hezbollah bertanggungjawab, terutamanya Lubnan,” kata Menteri Luar Arab Saudi, Khalid Ahmed Al-Khalifa.


Khalid mendakwa, Lubnan ‘dikawal sepenuhnya oleh Hezbollah’.


Kabinet Lubnan yang dipimpin Perdana Menteri, Saad Al-Hariri dan beberapa menteri Lubnan sebelum ini dikatakan bekerjasama dengan Lubnan.


Menteri Luar Iran, Javad Zarif menuduh Arab Saudi cuba memecah-belahkan negara-negara arab.


“Malangnya, negara seperti Arab Saudi cuba memecah-belah dan cipta perbezaan,” kata Javad.


Iran sebelum ini memainkan peranan utama dalam perang saudara di Syria dengan menyokong kuat rejim Bashar Al-Assad.


Source: SH Global

[featured-video-plus]