Gesa hargai bantuan kerajaan

in Edisi Pahang by


BANDAR JENGKA – Rakyat diminta menghargai segala bantuan yang diberikan kerajaan ketika susah dengan sentiasa bersyukur kepada ALLAH SWT dan tidak mempergunakan sebarang bantuan ke arah perkara salah.


Timbalan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mohamed Jaafar berkata, bantuan tidak kira dari pelbagai bentuk sama ada barangan dan keperluan serta banyak lagi seperti mesin dan sebagainya menerusi pelbagai agensi adalah untuk rakyat memerlukan.


Katanya, bantuan itu usahlah disalaghuna sama ada dibiar sepi tidak dimanfaatkan atau dijual semula.


“Kerajaan tidak akan membiarkan rakyat menghadapi kesusahan dan menderita, sebaliknya akan bersama dan terus memberikan apa juga bantuan yang termampu. Sayang jika ia disia-siakan.


“Malaysia satu-satunya negara yang sentiasa membantu rakyat tanpa mengira agama bangsa dan fahaman politik. Rakyat di negara lain yang hidup melarat ditimpa musibah, malah dibiarkan menderita dan ditindas.


“Jurang perpecahan kaum serta perbezaan agama sangat luas sehingga terpaksa  melarikan diri keluar negara kerana tiada bantuan daripada kerajaan, tetapi berbanding dengan kita yang kerajaannya sentiasa prihatin membela rakyat,” katanya.


Beliau memberi contoh,  mereka yang ditimpa bencana ribut, banjir, rumah terbakar dan lain, kerajaan akan bantu, manakala jika rumah musnah akan dibina baharu atau dibaik pulih oleh kerajaan.


Menurutnya, kerajaan akan berbuat apa sahaja asalkan rakyat senang serta dapat hidup dalam harmoni dan aman tanpa minta apa apa bayaran melainkan rakyat perlu berterima kasih dan menyokng kerajaan,” tegasnya.


Oleh itu tegasnya, rakyat jangan mudah lupa akan jasa jasa kerajaan, sebaliknya kena sentiasa bersyukur kepada Allah di atas keprihatinan kerajaan yang banyak berkorban dan membela mereka.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan wang ihsan mangsa banjir Parlimen Kuala Krau di sini, baru-baru ini.


Majlis tersebut disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said.


Mohamed Jaafar berkata, Bajet 2018  yang dibentangkan Perdana Menteri membuktikan bahawa kerajaan BN bersunggh sungguh membela rakyat.


Malah peruntukan yang sentiasa bertambah pada setiap kali pembentangan itu membuktikan bahawa kerajaan berupaya menyediakan  pelbagai kemudahan untuk kepentingan rakyat berbanding pembangkang yang hanya bercakap sahaja.


Sehubungan itu beliau mengesa rakyat terutamanya  masyarakat di luar bandar terus menyokong supaya nasib mereka akan terus terbela serta agenda pembangunan dapat berjalan lancar.

 


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]